You are here
Home > Famili > Tips Dan Info Keluarga > 17 JENIS TEPUNG YANG ANDA TAK TAHU WUJUD DI PASARAN

17 JENIS TEPUNG YANG ANDA TAK TAHU WUJUD DI PASARAN

Anda hanya tahu beberapa jenis tepung yang lembut dan mempunyai tekstur seperti bedak. Jika anda seorang yang pakar dalam memasak atau selalu ke dapur, anda akan tahu lebih kurang 10 jenis tepung berbanding orang lain. Dalam posting ini, admin akan membongkar rahsia 17 jenis tepung yang anda sendiri pun tak tau ada di pasaran.

17 JENIS TEPUNG YANG ANDA TAK TAHU WUJUD DI PASARAN

Berikut merupakan 17 jenis tepung yang anda sendiri pun tak tahu kewujudannya di pasaran. Tepung ini boleh digunakan untuk membuat biskut, kek, roti dan pelbagai jenis kuih-muih. Baca dan fahami fungsinya:

1.Tepung Serba Guna

Ia amat sesuai hampir semua jenis masakan dan amat jarang dijumpai. Oleh itu, ramai yang lebih suka menggunakan tepung gandum (biasa) kerana ia lebih mudah didapati di pasaran.

2.Tepung Gandum

Tepung ini boleh didapati secara lambakan di pasaran. Fungsinya pun lebih kurang dengan tepung serba guna. Kenapa ye nama berbeza tapi fungsi hampir sama?

3.Tepung Ros

Sekiranya anda menjual biskut, anda harus tahu tentang tepung ros ini. Ia mengandungi bahan tepung jagung yang berfungsi untuk merangupkan biskut. Walaupun begitu, anda tidak perlu mengurangkan kuantiti tepung jagung di dalam resepi anda. Ada yang mengatakan bahawa biskut yang dicampur dengan tepung ros dan tepung jagung adalah lebih sedap. Cubalah!

4.Tepung Berprotein TInggi

Tepung ini amat sesuai untuk membuat roti kerana ia amat menghasilkan daya anjalan yang agak tinggi setelah diadun dengan yis.

5.Tepung Berprotein Rendah

Ia Berbeza dengan tepung berprotein tinggi. Tepung ini dikatakan lebih sesuai untuk membuat pau dan seangkatan dengannya.

6.Tepung Hong Kong

Ia juga dikenali sebagai Water Lily Flour. Tepung ini sangat putih dan amat sesuai untuk dijadikan pau. Tepung ni susah juga nak jumpa sebab mudah rosak sama ada berkutu atau berkulat.

7.Tepung Optima

Ia mengandungi gula di dalamnya dan sesuai untuk dibuat kek keju.

8.Tepung Pulut

Ini rasanya anda tahu fungsinya kot. So tak perlu nak cerita panjang.


9.Tepung Krimer

Tepung ini sering diletakkan di dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Ia mempunyai rasa lebih berlemak seperti susu. Boleh dibeli dalam bentuk pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer.

10.Tepung Kastad

Tepung ini lebih wangi dan akan membuatkan tekstur kek lebih padat. Anda perlu menambah tepung naik sendiri untuk mendapatkan kek yang lebih gebu.

11.Tepung Ubi

Tepung ini akan meliatkan lagi adunan anda.

12.Tepung Naik Sendiri

Ia juga dikenali sebagai tepung serbuk penaik yang mempunyai kandungan serbuk penaik dan sedikit baking powder. Ia banyak dijual di pasaran.

13.Tepung Jagung

Fungsinya untuk memekatkan adunan.

14.Tepung Superfine

Tepung ini halus seperti self rising flour tapi tiada bahan penaik di dalamnya. Ia termasuk di dalam tepung low protein.

15.Tepung Wholemeal.

Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Oleh itu tepung ini tidak boleh diayak. Roti atau muffin akan menjadi lebih berat dari tepung biasa.

16.Tepung Kek

Ia lebih kurang dengan tepung superfine. Kalau anda suka buat kek butter, boleh tengok blog ni.

17.Tepung Glutinous Rice

Ia berwarna putih seperti tepung pulut dan bungkusannya juga lebih kurang dengan tepung beras.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting Cara Lipat Stokin Compact Yang Ramai Tak Tahu.

[Share untuk kongsi manfaat]

 

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: