You are here
Home > Famili > Anak-Anak > 3 SEBAB WALKER TAK SELAMAT UNTUK BAYI ANDA

3 SEBAB WALKER TAK SELAMAT UNTUK BAYI ANDA

Ramai ibu bapa yang beli walker untuk bayi cepat berjalan. Walker ni adalah alat membantu bayi untuk berjalan dengan menyokong badannya berdiri. Tapi betul ke membantu? Banyak kebaikan atau keburukan? Anda patut baca posting ni sebelum beli walker untuk bayi anda.

3 SEBAB WALKER TAK SELAMAT UNTUK BAYI ANDA

1.Badan Tidak Bersedia

Setiap benda mempunyai sistem yang tersendiri. Seperti bayi anda, ia bermula dengan rolling, menyiarap, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Tapi ada segelintir ibu bapa yang meletakkan bayi di dalam walker untuk membuatkan anak cepat berjalan. Kenapa nak cepat? Nak masuk marathon ke?

Secara tak langsung, apabila anak anda duduk di dalam walker, punggung bayi anda akan menerima tekanan full body. Walhal, badan bayi anda masih belum cukup kuat untuk menerima tekanan full body.

Secara logiknya, kalau anda membina rumah anda mensimenkan tiang. Belum sempat simen tu kering, anda dah letak macam-macam di atasnya. Pasti simen tu menjadi tak cantik atau tiang menjadi senget kan? Konsep ni sama seperti walker dan bayi anda.

Anda perlu menunggu masanya tiba secara natural dan berikan kalsium secukupnya kepada bayi anda.

2.Risiko Kecederaan

Walker menggunakan roda untuk bergerak. Kelajuan walker tidak sesuai untuk bayi yang baru nak mula berdiri. Bayi anda tidak mampu untuk mengawal kelajuan walker. Berkemungkinan, bayi anda akan terjatuh atau melanggar sesuatu dan terjatuh. Walaupun anda pantau anak anda menaiki walker, namun ia tetap tak efektif. Baca point seterusnya.


3.Kemahiran Bayi Terbantut

Setiap peringkat perkembangan bayi ada hikmahnya. Antaranya ialah melatih deria bayi. Tahukah anda bahawa salah satu terapi bagi speech delay ialah dengan merangkak? Speech delay terjadi kerana kurangnya ransangan kepada deria bayi anda. Walker mengurangkan daya deria bayi anda. Bayi anda tidak dapat melihat pergerakkan kakinya semasa berjalan. Selain itu, deria sentuhan juga berkurangan jika bayi anda menggunakan walker.

Adalah lebih baik anda membantu bayi anda mengikut keupayaan semasa bayi anda. Selain menguatkan deria bayi anda, anda juga dapat meluangkan masa bersama.

Ada juga segelintir ibu bapa yang memberi alasan bahawa walker dapat mengelakkan bayi anda mengutip barang di lantai dan makan. Anda seharusnya membersihkan rumah dan bukannya membeli walker. Cara paling efektif ialah anda membuatkan ruang khas untuk bayi anda berlatih di rumah. Jadi anda tidak perlu risau lagi.

Anda sebagai ibu bapa seharusnya lebih prihatin tentang perkembangan bayi anda. Jangan disebabkan kemudahan pada hari ini, anda menyesal pada esok hari. Anda juga mungkin meminati posting 4 Sebab Tak Boleh Bagi Makanan Bayi Sebelum Berusia 6 Bulan.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: