You are here
Home > Famili > Anak-Anak > 4 SEBAB TAK BOLEH BAGI MAKANAN BAYI SEBELUM BERUSIA 6 BULAN.

4 SEBAB TAK BOLEH BAGI MAKANAN BAYI SEBELUM BERUSIA 6 BULAN.

Ada segelintir ibu bapa yang cenderung memberi makanan bayi kepada bayi bawah 6 bulan. Walhal, dah tertera pada label makanan bijirin bayi, hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja. Mereka beranggapan bahawa bayi akan lebih kenyang jika dicampur dengan makanan di dalam diet bayi.

4 SEBAB TAK BOLEH BAGI MAKANAN BAYI SEBELUM BERUSIA 6 BULAN.

Untuk pengetahuan semua, WHO menyarankan agar bayi bawah 6 bulan diberi susu ibu secara eksklusif tanpa ada makanan lain, susu lain ataupun air masak. Tapi masih ramai yang tidak peka dengan saranan ni. Antara mindset ibu bapa ini ialah, perut bayi akan menjadi lebih kuat jika diberi makanan awal sebelum berusia 6 bulan.

1.Sistem Penghadaman Yang Belum Matang.

Penghadaman bayi bawah 6 bulan masih belum mampu untuk menghadam atau memecahkan kanji karbohidrat makanan. Ini kerana sistem mereka belum mempunyai enzim amylase yang cukup untuk memecahkan bahan berkanji tersebut.

Bayi bawah 6 bulan juga masih belum mampu untuk memproses lemak. Selain itu, buah pinggan bayi juga masih mentah untuk menerima sumber protein yang tinggi. Kasihannya bayi tu kalau anda beri makanan pepejal kepada mereka.

2.Tidak Mahu Menyusu.

Makanan akan membuatkan bayi lebih kenyang berbanding susu ibu. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana bayi tidak mahu menerima banyak susu ibu apabila sudah kenyang.


3.Jangkitan.

Bayi juga berpotensi untuk menerima jangkitan kuman daripada makanan yang diberi. Jadi, adalah lebih selamat jika anda memberikan makanan selepas bayi berusia 6 bulan.

4.Masalah Kesihatan.

Masalah kesihatan jangka masa panjang adalah yang paling ditakuti. Mungkin dengan memberi makanan sekarang, bayi tidak menunjukkan kesan negatif. Tetapi apabila bayi tersebut sudah mula membesar dan dewasa, berkemungkinan besar mereka akan alami masalah kronik.

Tolonglah kasihanilah bayi anda. Jangan disebabkan tindakan anda, bayi anda akan menangguh akibatnya seumur hidup.

Bila bayi bersedia untuk diberi makanan?

Mungkin ada parents yang tak sabar nak menyuapkan bayi anda. Anda boleh mula beri bayi anda makanan sekurang-kurangnya berusia 6 bulan dan ke atas.

  1. Bayi kelihatan lapar selepas menyusu.
  2. Pertambahan berat badan agak lambat.
  3. Suka masukkan bendasing di dalam mulut.
  4. Tertarik dengan makanan yang anda makan.

Jadilah ibu bapa yang bijak! Inilah Cara Mudah untuk jaga kesihatan si comel.

[Share posting ini untuk sebarkan manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: