You are here
Home > Famili > Tips Dan Info Keluarga > 5 CARA ANDA TEWAS DENGAN GODAAN SYAITAN

5 CARA ANDA TEWAS DENGAN GODAAN SYAITAN

AWAS! Ini merupakan cara mudah anda tewas dengan godaan syaitan. Baca posting ini sampai habis dan share untuk manfaat bersama.

5 CARA ANDA TEWAS DENGAN GODAAN SYAITAN

1.Marah

Marah merupakan salah satu pintu hasutan syaitan. Ia dapat merosakkan akal fikiran manusia. Jika akal manusia telah menjadi lemah, syaitan akan memulakan langkahnya untuk menghasut fikiran yang lemah tu. Berkemungkinan anda akan terikut dengan godaan syaitan.

Oleh itu, anda disarankan untuk beristighfar dan memohon perlindungan daripada Allah SWT.

“Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yg direjam.”

2.Hasad Dengki

Kurangkan sifat bersyukur dengan nikmat yang ada akan membuatkan dia cemburu dengan nikmat dan kelebihan orang lain. Kemudian ia akan membuatkan perasaan hasad dengki dan iri hati muncul dalam diri manusia. Apabila perasaan iri hati dan dengki ini muncul, syaitan mudah untuk mempengaruhi fikirannya.

Seharusnya anda bersyukur dengan nikmat yang telah anda terima. Bayangkan anda berada di tempat mereka yang lebih susah dan tidak menerima nikmat yang anda terima pada hari ni. Sihat tubuh badan dan dapat bernafas dengan baik juga salah satu nikmat yang patut anda bersyukur.

3.Bersangka Buruk

Bersangka buruk dengan nikmat orang lain merupakan perkara yang serius kat negara kita. Kita selalu dengar macam-macam yang orang kata. Dia menang mesti dia ehem-ehem… Betulkan? Tak kira kat mana anda berada sekali pun, mesti ada orang macam ni. Itu boleh masuk kepada fitnah dan menggelapkan hati. Astaghfirullah! Makin mudah untuk digoda syaitan.

Jangan sesekali anda terikut atau melayan perbualan seperti ini kerana suatu hari nanti, anda mungkin dah terbiasa dan melakukannya.

Bersangka baik dan mendoakan yang terbaik adalah perkara yang patut anda lakukan.


4.Kekenyangan

Kerana telah mendapat nikmat terlalu banyak, kadang kala anda diuji dengan kesenangan hidup di dunia. Anda akan makan lebih banyak dan menjadi terlalu kenyang. Ini akan membuatkan anda menjadi malas dan membuaskan nafus anda. Syaitan akan menggunakan peluang ini untuk menghanyutkan anda di dalam nikmat yang diterima.

Sentiasalah ingat kepada mereka yang lebih susah. Bersedekah untuk menyucikan hati anda. Baca posting 8 Khasiat Nenas Untuk Badan.

5.Kedekut

Sifat kedekut dapat mengelapkan hati anda. Hati yang gelap amat mudah untuk dipengaruhi oleh syaitan.

Antara cara untuk menyucikan hati ialah dengan bersedekah. Selain dapat sucikan hati di dunia, anda juga mendapat manfaat untuk hari kemudian. Bestnya.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting Pinjaman Dan Geran Perniagaan Yang Anda Mungkin Tak Tahu Ada.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: