You are here
Home > Famili > Ibu Hamil > 5 CARA MUDAH ELAKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG

5 CARA MUDAH ELAKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG

Antara perkara yang paling ditakuti terutamanya pasangan ibu bapa muda ialah bayi songsang. Ada juga yang masih tak tahu apa yang dimaksudkan dengan bayi songsang. Baca posting ni kalau nak tahu apa tu bayi songsang dan tips mencegahnya.

5 CARA MUDAH ELAKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG

Bayi songsang sebenarnya merujuk kepada kedudukan bayi semasa di dalam kandungan. Ia adalah amat normal apabila kandungan anda masih belum cukup bulan. Jadi jangan panik. Jika bayi dalam keadaan songsang, tak boleh la nak bersalin secara normal. Untuk elakkan kedudukan bayi menjadi songsang, baca input admin sampai habis.

1.Senaman

Bersenam atau berenanglah ketika hamil. Ini membantu melembutkan perut kandungan anda dan memberi ruang kepada bayi untuk bergerak.

2.Sering Melakukan Posisi Sujud

Seringlah bersujud. Cara ini mampu mengubah kedudukan bayi dengan purata keberkesanan hampir 80% tau. Amatlah baik kalau anda dapat menukar sujud bersahaja dengan melakukan solat sunat. Kan lebih indah.

3.Minuman Manis

Amalkan minuman yang mengandungi glukosa untuk memberi tenaga tambahan kepada bayi untuk menjadi aktif. Ia membantu bayi untuk bergerak. Mungkin anda boleh baca posting 8 Khasiat Buah Nangka Untuk Kesihatan.


4.Berinteraksi Dengan Lampu

Gunakan lampu suluh untuk mendapatkan perhatian bayi di dalam rahim. Caranya ialah, dengan menunjukkan lampu suluh di kepala bayi dan halakan ke arah saluran kelahiran. Buat dengan pantas untuk menarik perhatiannya.

5.Berfikiran Positif

Berkemungkinan fikiran si ibu terganggu dan mendorong kepada kedudukan songsang. Sebagai seorang ibu, anda seharusnya lebih positif bagi memberi signal kepada bayi untuk berada di kedudukan yang betul. Ini membantu juga tau. Cubalah.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting 4 Sebab Tak Boleh Bagi Makanan Bayi Sebelum Berusia 6 Bulan.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: