You are here
Home > Famili > Anak-Anak > 6 CARA MUDAH MEMANFAATKAN BUAH NENAS

6 CARA MUDAH MEMANFAATKAN BUAH NENAS

Buah nenas adalah antara buah yang manis rasanya dan awak kena tahu cara mudah memanfaatkan buah nenas. Buah nenas ni mudah didapati di pasaran dan kemuncak musimnya bermula pada bulan Mac sehingga Julai. Pilihlah buah nenas yang hampir atau sudah masak kerana awak boleh makan dengan sedap.

6 CARA MUDAH MEMANFAATKAN BUAH NENAS.

Banyak khasiat yang boleh awak perolehi dalam buah nenas. Dalam posting akan datang, admin akan sentuh tentang khasiat buah nenas.

1.Isi Buah Nenas.

Ini adalah perkara biasa yang orang buat iaitu makan isi buah nenas. Awak kena tahu cara nak potong buah nenas untuk dapatkan isinya dengan mudah. Awak boleh baca caranya di akhir posting ni. Untuk pengetahuan awak, isi buah nenas boleh di dalam peti sejuk selama sembilan hari.

2.Jus Buah Nenas.

Buah yang dipotong juga boleh dijadikan jus. Sekiranya awak ada blender heavy duty, kisarkan sekali dengan teras nenas kerana banyak khasiat yang boleh diperolehi.

3.Makan Dengan Aiskrim.

Awak juga boleh jadikan buah nenas ni sebagai snek tambahan terutamanya hidangan yang manis atau masam. Awak boleh makan buah nenas dengan aiskrim vanila. Sedapnya. Cuba variasikan aiskrim dan share dengan admin nanti.

4.Jadikan Sebagai Snek Berkhasiat.

Awak boleh keringkan buah nenas untuk jadikan ia tahan lebih lama. Selain tu, awak boleh mendapatkan kelainan dengan memakan buah nenas yang dikeringkan. Admin pernah makan buah nenas yang dikeringkan semasa HALFEST 2017 di MIECC hari tu.

5.Salad.

Buah nenas yang manis boleh dijadikan sebagai salad yang sihat. Campurkan dengan sayuran dan buahan yang lain. Pasti sedap rasanya.


6.Masakan.

Antara masakan yang terkenal dengan buah nenas ialah pajeri nenas. Nanti admin kongsikan resepi membuah pajeri nenas dengan awak.

Pelbagai cara yang awak boleh memanfaatkan khasiat buah nenas. Awak kena tahu cara pilih buah nenas sebelum menggunakannya. Amat disarankan awak memilih buah nenas yang dah masak kerana awak boleh terus consume buah nenas tu.

Cara Memilih Buah Nenas.

Lagi berat buah nenas, lagi bagus kerana itu petanda buah nenas dah masak. Pilihlah daun yang berwarna hijau gelap kerana itu juga petanda buah telah masak. Selain fizikal buah, bau nenas juga mesti harum dan tidak hapak.

Cara Potong Buah Nenas.

Awak perlu memotong bahagian atas dan bawah nenas. Selepas potong, letakkan buah nenas kat permukaan yang rata untuk mengupas kulit luarnya. Pastikan buang mata kat kulit tu dan potong buah macam dalam video bawah ni.

Mudahkan? Lepas ni, awak boleh cuba buat dan share hasilnya dengan admin.

[Share untuk manfaat bersama]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: