You are here
Home > Famili > Tips Dan Info Keluarga > 7 BENDA YANG ANDA TAK TAHU ADA TARIKH LUPUT

7 BENDA YANG ANDA TAK TAHU ADA TARIKH LUPUT

Terdapat beberapa benda yang mungkin anda terlepas pandang akan tarikh luput atau jangka hayat sesuatu barang. Posting ini akan menyentuh tentang beberapa barang yang anda selalu gunakan tetapi tidak tahu tarikh luput,

7 BENDA YANG ANDA TAK TAHU ADA TARIKH LUPUT

1.Extention Power

Jangka hayat bagi sesebuah extension power ialah dua tahun. Pastikan anda tukar extension yang sudah melebihi dua tahun kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran.

2.Berus Gigi

Berapa lama dah anda tidak menukar berus gigi? Sudah pasti ada yang memakai berus gigi sehingga berusnya kembang. Tahukah anda bahawa jangka hayat berus gigi ialah 3 bulan sahaja? Walaupun begitu, jika anda diserang demam atau batuk, anda disarankan tukar berus gigi serta-merta untuk mengelakkan kuman dan bakteria masuk ke dalam badan anda.

3.Sikat

Anda perlu menukar sikat anda setiap tahun untuk menjaga kesihatan kulit kepala anda. Pastikan juga anda membersihkan sikat dengan bersih selepas anda menyikat rambut anda.

4.Bra

Tarikh luput untuk bra ialah setahun sehingga dua tahun. Fabrik yang digunakan oleh bra mungkin sudah lusuh dan besi bra boleh memberi kecederaan kepada kulit anda. Yang paling menakutkan ialah apabila besi bra anda sudah berkarat. Takutnya.


5.Tuala

Tuala sering digunakan untuk mengeringkan badan. Kelembapan yang membuatkan bakteria mudah membiak. Anda perlu sering membasuh tuala untuk mengelakkan bau busuk dan jangkitan kuman. Walau bagaimana pun, jangka hayat tuala ialah 3 tahun sahaja. Fabrik yang digunakan juga adalah lebih tebal daripada bra.

6.Sabun Pencuci

Sabun pencuci lantai juga mempunyai jangka hayat. Sabun pencuci yang telah dibuka hanya mempunyai jangka hayat selama 3 bulan sahaja. Dikatakan bahawa bakteria takkan mati jika pencuci tersebut telah tamat tarikh luputnya.

7.Alat Pemadam Api

Alat pemadam api antara benda yang mempunyai tarikh luput yang lama. Tarikh luput bagi alat pemadam api ialah 15 tahun. Sekiranya terdapat kerosakan pada badan alat pemadam api, anda disarankan untuk merujuk kepada pakar atau menukarkannya dengan baru. Dikhuatiri alat pemadam api tersebut tidak dapat berfungsi di saat anda memerlukannya kelak. Sayangilah keluarga anda.

Anda ada Cara Mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: