You are here
Home > Cantik dan Sihat > Tips Jaga Kesihatan > 8 KHASIAT BUAH NANGKA UNTUK KESIHATAN.

8 KHASIAT BUAH NANGKA UNTUK KESIHATAN.

Buah nangka antara buah yang manis dan sedap rasanya. Banyak juga khasiat buah nangka yang boleh diperolehi. Jika anda adalah peminat buah nangka, anda harus tahu apa khasiat buah nangka ni. Baca posting ini untuk tahu khasiat itu.

8 KHASIAT BUAH NANGKA UNTUK KESIHATAN.

Banyak khasiat buah nangka yang patut anda tahu. Ia boleh membantu menceriakan hari anda.

1.Mengurangkan Risiko Sakit Jantung.

Antara bahan nutrisi yang ada dalam nangka ialah kalium. Kandungan kalium ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana mampu menurunkan tekanan darah anda. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan risiko strok!

2.Mengurangkan Anaemia.

Bagi mereka yang ada masalah anaemia atau kurang darah merah, anda harus meningkatkan pengambilan zat besi. Zat besi yang terkandung di dalam buah nangka mampu meningkatkan penghasilan darah merah dalam badan.

3.Mengurangkan Asma.

Ini antara rahsia nenek moyang kita. Mereka mengamalkan air buah nangka untuk mengurangkan asma anda. Caranya ialah dengan merebus akar nangka untuk mengambil ekstrak nangka. Apa bahan aktifnya? Tanya kepada yang pakar.

4.Menguatkan Tulang.

Selain kalium, magnesium juga merupakan khasiat yang terkandung di dalam buah nangka. Magnesium dapat menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.



 5.Sumber Kekal Remaja.

Antara khasiat buah nangka ialah, nangka amat kaya dengan kandungan anti oksidan seperti vitamin A dan C. Vitamin ini amat bagus menganjalkan dan meremajakan kulit anda. Patutlah ramai awek cun yang suka buah nangka ni! Inilah sebab kenapa anda kena jaga kulit muka dari sekarang.

6.Mencerahkan Mata.

Selain meremajakan kulit anda, vitamin A dan C juga mampu mencerahkan penglihatan mata anda. Sekiranya ada keluarga atau kawan anda yang mempunyai masalah penglihatan, mereka amat disarankan untuk makan buah nangka ini.

7.Sumber Tenaga.

Buah nangka mengandungi gula semulajadi yang tinggi seperti fruktosa dan sukrosa. Sumber gula semulajadi ini amat bagus untuk dapat dijadikan sebagai tenaga dan tidak memudaratkan.

8.Membantu Pencernaan.

Sekiranya anda mengalami masalah pencernaan, anda harus makan buah nangka. Ini kerana nangka amat kaya dengan kandungan serat untuk membantu mengatasi sembelit dan melancarkan pergerakan usus anda.

Itulah khasiat buah nangka yang patut anda tahu sekarang. Tapi itu tidak bermakna anda perlu mengambil buah nangka secara berlebihan tau! Makan secara berlebihan juga ada kesan buruknya.

Jadi amalkan ia secara bersederhana.

Inilah Cara Mudah Jaga Kesihatan.

[Share untuk manfaat bersama]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: