You are here
Home > Famili > Anak-Anak > 8 PERKARA WAJIB TAHU BELI TANAH.

8 PERKARA WAJIB TAHU BELI TANAH.

Ramai yang bercita-cita nak beli tanah tapi tak tahu lagi basic term pasal tanah ni. Ada yang nak beli tanah ni untuk buat rumah idaman, homestay atau untuk cucuk tanam. Kalau anda nak kejar cita-cita anda, anda patut tahu beberapa perkara pasal tanah ni. Ini dapat membantu anda untuk membeli tanah dan tidak mendatangkan masalah pada masa akan datang.

8 PERKARA WAJIB TAHU BELI TANAH.

1.Jenis Hak Milik Tanah.

Terdapat 3 jenis hak milikan tanah yang anda patut tahu kerana ini adalah perkara basic. Antaranya ialah Tanah Hak Milik Kekal, Tanah Hak Milik Pajakan (Leasehold) dan Tanah Rizab Bumiputera.

2.Jenis Kategori Tanah.

Ada tiga (3) jenis kategori penggunaan tanah seperti Tanah Pertanian, Tanah Pembangunan dan Tanah Perindustrian.

3.Tanah Kampung.

Kebiasaannya tanah-tanah di kampung adalah dalam kategori pertanian.

4.Wajib Tukar Status.

Jika awak nak buat rumah lebih daripada satu, tanah tersebut hendaklah dipecah lot dan ditukar kegunaan tanah kepada bangunan.

5.Status.

Tanah Pertanian boleh ditukarkan kepada kegunaan Pembangunan dan Perindustrian.


6.Cukai.

Kadar cukai Tanah Pertanian adalah lebih murah berbanding status Bangunan dan Perindustrian.

7.Check Status Tanah.

Hanya membeli tanah lot banglo yang telah dipecah lot dan ditukarkan kepada kegunaan bangunan.

8.Tanah Pecah Lot.

Pastikan awak membeli tanah yang ada geran individu. Buat pemindahan nama hak milik. Ia akan memudahkan awak membina rumah dan membuat pinjaman bank jika perlu.

Awak akan mengalami masalah pada masa akan datang kalau tak ikut nasihat ni. Awak ni ibarat menumpang tanah je kalau geran tu bukan nama awak. Cuba bayangkan, awak dah buat rumah cantik-cantik, then tuan tanah halau awak. Macam mana awak nak defend? Fikir-fikirkanlah ye. Jangan kerana tanah murah pada hari ni, awak menangis pada masa hadapan.

Pastikan awak buat 8 semakan ni sebelum buat keputusan untuk beli tanah. Menangis tak berlagu nanti. Keluar air mata darah sekali pun, takkan dapat undur masa lalu. Simple je tips ni. Cara Mudah sebelum beli tanah.

[Share untuk sebarkan manfaat]

 

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: