You are here
Home > Bisnes > Info Bisnes > 80% USAHAWAN TAK TAHU FUNGSI SEBENAR BMC.

80% USAHAWAN TAK TAHU FUNGSI SEBENAR BMC.

Hari ni banyak geran dan pinjaman kewangan akan minta BMC awak. Apa fungsi sebenar BMC? Nama lain untuk BMC ialah Business Model Canvas. BMC ni adalah ringkasan kepada business plan supaya mudah difahami macam mana bisnes itu berjalan. Ada 9 elemen dalam BMC. Tapi dalam posting ini, admin nak tekankan fungsi sebenar BMC.

80% USAHAWAN TAK TAHU FUNGSI SEBENAR BMC.

Ramai usahawan hanya tahu nak isi BMC sahaja tapi tak tahu apa fungsi sebenar BMC. Kalau setakat isi 9 tempat kosong macam gambar ni, semua orang boleh buatkan? Even budak sekolah rendah pun boleh isi 9 kotak ni. Boleh kot.

9 elemen BMC

Untuk buat awak lebih faham, saya akan gunakan nasi lemak sebagai contoh dalam posting ini. Diakhir posting ni, mesti awak akan berasa lapar. Hihihi.

Kenapa saya gunakan nasi lemak? Bukan pizza, sphagetti dan sebagainya? BMC ni bukan hanya boleh digunakan guna barangan mahal atau barang dari luar negara je tapi untuk semua jenis perniagaan. Saya pilih nasi lemak sebab tu makanan breakfast saya hari ni. Simple.

Nasi Lemak ni ada di mana-mana je. Depan sekolah, kedai mamak, kedai pam minyak, kedai makan, KLCC, airport dan even jiran kita jual nasi lemak depan rumah. Adakah semua perniagaan ni gunakan BMC yang sama? Tidak! Bahkan BMC lah yang membezakan mereka.

Makcik Leha jual nasi lemak depan sekolah dengan harga RM1. Dalam tu hanya ada beberapa ikan bilis dan sehiris telur je. Jadi dia position-kan nasi lemaknya sebagai Nasi Lemak Bajet.


Pak Mail pula jual nasi lemak kat kawasan kilang. Dia pun jual nasi lemak RM1 tapi dengan kuantiti ikan bilis dan telur yang lebih banyak. Nampak macam keuntungan margin yang sikit tapi dia akan mark up lebih pada lauk tambahan seperti ayam, kerang dan sebagainya. Kat sini yang dia buat untung!

Kita tengok pula permainan hebat Puan Ainon di kafe beliau. Dia pun jual nasi lemak RM1 tapi sekali dengan lauk ayam! Awak rasa rugi ke untung? Memang nampak rugi tapi dia jual teh tarik dengan harga RM10 segelas!

Cik Ina pula jual nasi lemak RM0.80 dan confirm untungnya lagi sikit. Walaupun sikit, dia supply nasi lemaknya kepada hotel, restoren, stesen minyak dan sebagainya. Dia jual secara B2B dengan jumlah yang besar.

Nampakkan permainannya? Walaupun barang yang sama tapi cara jualan berbeza. Apabila awak bangunkan BMC, bukan sekadar isi tempat kosong je tapi bangunkan strategi bisnes.

[Share untuk sebarkan manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: