You are here
Home > Famili > Anak-Anak > AJAR ANAK TENTANG INI SEBELUM BERUMUR 8 TAHUN

AJAR ANAK TENTANG INI SEBELUM BERUMUR 8 TAHUN

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang untuk ajar anak tentang perkara ini terutamanya ibu bapa muda. Padahal ini adalah perkara asas yang anak perlu tahu sebelum berumur 8 tahun. Apa perkara itu? Baca posting ini sampai habis ye.

AJAR ANAK TENTANG INI SEBELUM BERUMUR 8 TAHUN

7 tahun pertama merupakan satu tempoh yang amat penting untuk anak anda. Ada orang kata, 7 tahun pertama yang bakal menjadi sebati dengan diri anak anda sewaktu dewasa nanti. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu ajar anak anda tentang perkara ini.

1.Kenalkan Allah

Ini adalah perkara paling utama dan pertama yang perlu anda lakukan untuk ajar anak. Kenalkan siapa yang paling utama dalam hidup dia. Semua orang boleh buat. Tak payah nak buka kitab pun. Macam mana caranya?

Sentiasa Sebut Allah Kepada Anak. Jadikan amalan menyebut Allah di depan anak anda. Tak rugi apa-apa pun. Pahala dapat, anak menjadi. Sebut zikir-zikir yang ada nama Allah.

Anak bersin atau lepas makan boleh sebut ALHAMDULILLAH.
Anak buat benda baik SUBHANALLAH atau MASYA ALLAH
‘Terkejut’ dengan anak, sebut LAILAHAILLAH.

Mudahkan?

Bila menyebut Allah menjadi amalan, anak anda akan terikut dan mula menjadi amalan mereka. Lama-kelamaan, anak muncullah soalan seperti Allah tu apa, Allah tu kat mana. Maka itulah tanda permulaan untuk anda mula menerapkan ilmu akidah kepada anak anda.


2.Minta Kepada Allah

Selalu ajarkan anak anda untuk meminta dengan Allah. Kalau anak nak mainan, cakap kepada anak anda, “jom doa kat Allah. Ya Allah, bagilah adik rezeki mainan ni.” Kalau tak dapat rumah, redha juga lah.

Insya Allah bila 40 hari anak anda buat, ia dah jadi amalan. Tak payah nak suruh-suruh lagi.

3.Redha

Apa yang dimaksudkan dengan poin ketiga ni? Contohnya, kita dah plan dengan anak untuk pergi ke taman permainan tapi hujan turun. Sebutlah kepada anak tu, “Allah is the Best Planner. Ada sebabnya Allah turunkan hujan ni”.

Tiga perkara ini amat penting untuk diterapkan dalam diri anak anda. Insya Allah, kalau anak tidak dapat sesuatu yang diinginkannya, anak anda tidak akan melenting kerana dah terbiasa dengan konsep redha.

Amalkan tiga perkara ini agar mudah anda bentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting 4 Sebab Tak Boleh Bagi Makanan Bayi Sebelum Berusia 6 Bulan.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: