You are here
Home > Famili > Anak-Anak > CARA LIPAT STOKIN COMPACT YANG RAMAI TAK TAHU.

CARA LIPAT STOKIN COMPACT YANG RAMAI TAK TAHU.

Terasa best apabila anda bercuti dengan kawan-kawan atau saudara mara. Pernah tak anda tengok beg mereka dan tengok cara lipat baju atau cara lipat stokin mereka? Ada pelik-pelik cara lipatan. Sebenarnya semua cara lipatan stokin adalah betul dan tiada yang salah. Cuma teknik lipatan sahaja yang berbeza.

CARA LIPAT STOKIN COMPACT YANG RAMAI TAK TAHU.

Posting ini amat sesuai untuk semua terutamanya yang dah berkeluarga. Tahukah anda, ada banyak cara lipatan dan lain juga fungsinya. Ada yang simpan stokin dengan memasukkan sehelai stokin ke dalam pasangan stokin lagi satu. Yang lagi unik, ada yang guna cara ikat mati antara sepasang stokin tu. Hahaha. Bukan main payah nak buka dan pakai stokin tu nanti. Ada yang lipat dua je. Tak kesah apa cara lipatan stokin tu, janji stokin tu tak hilang. Kalau stokin tu dah hilang sebelah, kan dah susah. Nanti pelik pula kalau pakai stokin berbeza corak antara satu sama lain.

1.Lipat Sehelai Stokin.

Cara gulung stokin.

Mudah je nak lipat stokin secara compact. Mula-mula anda perlu tindihkan sepasang stokin tu bersama dengan kemas. Kemudian, stokin bahagian atas perlu dilipatkan sedikit di bahagian buku lali tu (Tengok gambar cara gulung stokin nombor 1). Lipat bahagian tu dalam satu inci je. Tak perlu nak lipat banyak sangat.

2.Gulungkan Stokin.

Pegang stokin bahagian jari (tengok gambar cara gulung stokin nombor 2) atau bahagian lagi satu tu. Pastikan pegang dua-dua helai stokin tau. Dan gulungkan secara mampat sehingga habis. Anda akan dapat sebentuk stokin berbentuk silinder.

3.Kemaskan Stokin.

Cara kemaskan stokin

Selepas gulung stokin dengan mampat, buka bahagian hujung buku lali (Tengok gambar cara kemaskan stokin nombor 3). Tujuan buka bahagian ni adalah untuk sarungkan semula stokin tu. Cara nak sarungkan tu tengok gambar cara kemaskan stokin nombor 4. Hasil akhirnya anda boleh lihat pada gambar di bawah ni. Tadaaa…

Hasil teknik lipatan stokin

Faham ke faham? Kalau nak lebih jelas, anda boleh tengok video cara lipat stokin compact kat bawah ni.

Kemaskan cara lipat stokin compact ni? Sekarang anda boleh cuba amalkan supaya stokin anda tersimpan kemas dan tidak hilang lagi.

[Share posting ini untuk manfaat bersama].

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: