You are here
Home > Cantik dan Sihat > Tips Jaga Kesihatan > CARA MUDAH HILANGKAN PERUT BUNCIT SUAMI DENGAN BERKESAN

CARA MUDAH HILANGKAN PERUT BUNCIT SUAMI DENGAN BERKESAN

Ramai yang tanya admin macam mana nak hilangkan perut buncit suami mereka. Rata-rata para suami akan membuncit selepas berkahwin. Orang kata tu tanda bahagia. Kalau buncit seinci je, boleh tahan lagi. Ni buncit sampai perut berlaga dengan stereng kereta masa memandu. Rasa kesian tengok macam tak boleh nak bernafas je.

CARA MUDAH HILANGKAN PERUT BUNCIT SUAMI DENGAN BERKESAN

Hari ni, saya nak berkongsi dengan anda cara mudah hilangkan perut buncit suami anda semua. Pastikan diakhir posting ini, anda share dan tag suami anda. Teknik memang tidak diketahui ramai. Hanya segelintir sahaja yang melakukannya dengan konsisten.

Kenapa buncit?

Banyak faktor yang membuatkan suami anda buncit. Antaranya ialah tidak jaga pemakanan, kurang bersenam dan juga stress. Untuk pengetahuan anda, lemak ini terdiri daripada oksigen, karbon dan juga hidrogen. Apabila oksigen dapat memasuki kawasan lemak, sel-sel lemak anda mula berpecah.


5 Langkah Mudah Menghilangkan Lemak Perut Buncit

Lakukan teknik senaman ini setiap hari. Dorong suami anda untuk melakukannya. Suami anda mampu untuk menghilangkan lemak di perutnya. Senaman ini membantu pernafasan dan otot anda. Selain daripada senaman fizikal ni, anda juga perlu menjaga pemakanan demi kesihatan anda. Ini akan dibincangkan pada posting yang lain.

1.Ambil Kedudukan

Anda perlu berdiri tegak untuk memulakan senaman ni. Kemudian keluarkan kaki kanan anda ke depan dan kaki kiri ke belakang. Tak kesah mana-mana kaki sebab anda akan tukar kedudukan kaki selepas langkah ke-5 nanti.

2.Tangan di Kepala

Letakkan kedua-dua tangan anda di atas kepala anda.

3.Tarik Nafas

Mula tarik nafas secara perlahan selama 3 saat.

4.Tahan Nafas

Tahan nafas anda selama 3 saat. Sambil menahan nafas, anda perlu meneran otot-otot anda di badan terutamanya di bahagian yang berlemak.

5.Hembus Nafas

Hembuskan nafas anda dengan kuat selama 7 saat.

Tukar kedudukan kaki dan ulang langkah 1 sehingga 5. Lakukan senaman ini dengan konsisten selama 2 sehingga 10 minit setiap hari.

Selain membantu pernafasan dan menguatkan otot anda, teknik senaman ini membantu untuk meningkatkan metabolisme badan anda tau. Share dan tag suami anda untuk menjamin kebahagian keluarga anda.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting 8 Khasiat Buah Nangka Untuk Kesihatan.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: