You are here
Home > Famili > Tips Dan Info Keluarga > CERITA NABI ADAM MANUSIA PERTAMA

CERITA NABI ADAM MANUSIA PERTAMA

Terdapat 25 Rasul yang patut anak anda tahu ceritanya. Antaranya ialah kisah cerita Nabi Adam AS. Di dalam posting ringkas ini, admin akan berkongsi cerita manusia yang boleh anda ceritakan kepada anak anda sebagai tauladan dan ikutan untuk mendidik dan mengajar anak anda.

CERITA NABI ADAM MANUSIA PERTAMA

Dalam posting sebelum ni, admin ada berkongsi posting Ajar Anak Tentang Ini Sebelum Berumur 8 Tahun. Cerita tentang para Rasul dan Nabi juga antara ilmu yang patut diajarkan kepada anak anda.

Manusia Pertama Diciptakan

Nabi Adam AS merupakan manusia pertama yang diciptakan dan pertama di dunia. Baginda diciptakan daripada tanah oleh Allah SWT, dan kemudiannya ditiupkan roh ke dalam badan baginda. Semua makhluk di syurga telah bersujud kepada Nabi Adam AS atas perintah Allah SWT kecuali iblis. Iblis enggan akur dengan perintah Allah SWT kerana merasakan dirinya lebih tinggi darjat daripada Nabi ADAM AS kerana iblis diciptakan daripada api.

Oleh kerana perbuatannya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS, Allah SWT telah mengusir iblis dari syurga dan melaknatnya sampai hari kiamat. Sejak itu iblis bersumpah untuk menyesatkan Nabi Adam AS dan keturunannya sampai hari kiamat nanti. Kisah Nabi Adam AS telah diceritakan di dalam Al Quran seperti surah Al-Baqarah ayat 30-38.

Larangan Buah Khuldi

Nabi Adam AS hanya tinggal seorang diri syurga pada ketika itu. Kemudian Allah SWT telah menciptakan Hawa sebagai isterinya daripada tulang rusuk Nabi Adam AS. Iblis telah melihat itu sebagai suatu peluang untuk menyesatkan Nabi Adam AS. Lalu iblis menggoda Nabi Adam AS dan Hawa untuk memakan Buah Khuldi iaitu satu-satunya buah yang dilarang oleh Allah SWT untuk dimakan di dalam syurga.

Akhirnya Nabi Adam AS dan Hawa telah terpedaya dengan tipu daya iblis dan memakan buah itu. Mereka buat terus bertaubat kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengasihani dan Allah SWT memerintahkan mereka berdua keluar dari syurga dan diturunkan ke bumi. Kisah pelanggaran terhadap larangan buah khuldi juga diceritakan di dalam Al Quran.


Kisah Anak-anak Nabi Adam AS

Nabi Adam AS dan Hawa telah dikurniakan pasangan kembar. Pasangan kembar yang pertama ialah pasangan kembar Qabil dan Iqlima dan pasangan kembar kedua ialah Habil dan Labuda. Setelah keempat anaknya dewasa, Nabi Adam AS mendapat wahyu untuk menikahkan keempat-empat anaknya secara bersilangan. Qabil bernikah dengan Labuda dan Habil dengan Iqlima.

Namun Qabil telah menolak kerana Iqlima lebih cantik dari Labuda. Nabi Adam AS telah berdoa kepada Allah SWT, dan Allah SWT memerintahkan agar kedua-dua putra Nabi Adam AS untuk melakukan korban. Jika korbannya diterima, maka dia yang berhak memilih jodohnya.

Habil telah mengambil seekor kambing yang paling disayangi di antara haiwan peliharaannya. Manakala Qabil mengambil sekarung gandum yang paling buruk yang dimilikinya. Allah SWT menerima korban dari Habil. Maka Habil berhak menentukan pilihannya.

Pembunuh Pertama

Qabil tidak berpuas hati dengan korbannya. Iblis telah mengambil peluang ini untuk menghasut Qabil. Hasutan iblis telah membuatkan Qabil membunuh Habil. Inilah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Qabil berasa bingung untuk uruskan jenazah Habil. Allah SWT telah memberikan contoh kepada Qabil melalui kejadian burung yang menggali tanah untuk menanam mayat burung yang kalah dalam pertarungan. Qabil pun meniru tindakan burung tersebut dan menguburkan jenazah Habil. Kisah putera-puteri Nabi Adam AS ini telah diceritakan di dalam Surah Al-Mâ’idah ayat 27-32.

Anda ada cerita menarik yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting 3 Sebab Walker Tak Selamat Untuk Bayi Anda.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: