You are here
Home > Bisnes > Info Bisnes > GERAN MCASH UNTUK USAHAWAN MIKRO!

GERAN MCASH UNTUK USAHAWAN MIKRO!

Berita baik untuk anda yang bergelar usahawan! Pihak Koridor Utara telah menawarkan geran MCash bagi peniaga atau usahawan yang layak sahaja. Apa itu MCash? MCash ialah Program Pembangunan Usahawan Mikro Bumiputera yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan TERAJU.

GERAN MCASH UNTUK USAHAWAN MIKRO!

Tahukah anda, geran Mcash menawarkan sejumlah RM5,000 sehingga RM30,000 kepada usahawan mikro yang layak! Banyak tu! Cukup sangat untuk menjalankan perniagaan mikro dan mendapat pulangan. Mesti ramai yang tak tahu kan?

Norfaizini Mokhtar, 34 merupakan antara penerima geran MCash yang berjumlah RM18,500. Beliau merupakan pengusaha biskut dan roti di Jalan Kampung Pondok yang mendapat geran MCash tidak sampai sebulan! Cepatnya Pihak Berkuasa Pelaksana­an Koridor Utara (NCIA) memproses pemohonan ni. Kini beliau dapat meningkatkan pengeluaran produk sebanyak tiga (3) kali ganda! Berita tentang beliau telah keluar di Utusan Online 2017.

Kegunaan geran ini adalah bagi tujuan membeli aset perniagaan, mesin atau kelengkapan sahaja. Jangan gatai tangan nak beli benda lain atau pakai dengan sewenang-wenangnya plak. Geran ini khas bagi usahawan di negeri Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Syarat Pemohon:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus Bumiputera.
  • Berumur 21 sehingga 45 tahun. Kepada yang lebih range umur, tak payah la rebut juga. Bagi peluang kepada mereka untuk menapak. Ada geran lain untuk anda.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  • Mempunyai premis perniagaan tetap sama ada sewa atau milik sendiri.
  • Mempunyai lesen premis yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan atau mendapat pensijilan HALAL atau MeSTI atau mendapat sokongan dari agensi berkaitan.
  • Pemohon atau perniagaannya TIDAK pernah mendapat GERAN dari mana-mana agensi lain.
  • Pendapatan perniagaan TIDAK melebihi RM300,000 setahun.
  • Mempunyai akaun semasa yang aktif atas nama perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan.

Adakah anda layak dan penuhi semua kriteria yang dicari? Jika ya, anda boleh hubungi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sekarang! Jangan lepaskan peluang ni macam tu je. Rebut selagi ada.

Anda mungkin meminati posting Pinjaman Dan Geran Perniagaan Yang Anda Mungkin Tak Tahu Ada.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini.

[Share untuk kongsi manfaat]


Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: