You are here
Home > Bisnes > Info Bisnes > PINJAMAN DAN GERAN PERNIAGAAN YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU ADA.

PINJAMAN DAN GERAN PERNIAGAAN YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU ADA.

Ramai yang kata susah nak dapatkan geran perniagaan. Tahukah anda bahawa Malaysia antara negara yang banyak membantu rakyat terutamanya di dalam perniagaan? Kini, masalah dana atau bajet bukan lagi masalah untuk memulakan perniagaan. Baca posting ini untuk tahu pinjaman dan geran perniagaan yang ada di Malaysia.

PINJAMAN DAN GERAN PERNIAGAAN YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU ADA.

Berikut merupakan antara pinjaman dan geran perniagaan yang ada di Malaysia:

1.Program PUTRA.

Putra adalah salah satu initiatif MARA bagi melahirkan usahawan belia terutamanya pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang ingin memulakan perniagaan. Pakej yang disediakan ialah terdiri daripada pembelian asset dan sebagai modal pusingan bagi usahawan. Had maksimum bagi Program PUTRA ialah RM10,000.00 tertakluk kepada terma dan syarat. Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan (Pembiayaan Tanpa Keuntungan).

2.Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

TUBE ini diperkenalkan oleh SME Corp untuk membantu golongan belia khususnya bumiputera bagi memulakan perniagaan. Usahawan muda yang terpilih akan melalui tiga (3) fasa sebelum diberikan geran perniagaan yang berjumlah RM15,000.00. Pada fasa ketiga, para peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari SME Corp selama setahun. Bimbingan amat penting bagi memudahkan para belia untuk membawa perniagaan mereka ke peringkat yang seterusnya.

3.SME Investment Partner.

Startup fund yang disediakan oleh SME Investment Partner adalah untuk perniagaan-perniagaan baru. Ia berjumlah RM375 juta (RM250 juta dari SME Bank dan RM125 juta dari syarikat-syarikat swasta) untuk lima tahun dan RM10 juta untuk Business Accelerator Programme (Program Pecutan Perniagaan) di bawah seliaan SME Corp.

4.Cradle Fund.

Dana Cradle diberi oleh Cradle Fund Sdn Bhd dimana ia berada di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia. Dana ini diberikan sehingga RM150,000.00 untuk usahawan membangunkan idea yang boleh dikomersilkan dengan program CIP150.

5.Skim Pembiayaan TERAS.

Ia adalah skim di bawah usahasama TERAJU dalam menyediakan dana kepada syarikat Bumiputera kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

6.MDEC.

Ia bernaung di bawah MOSTI dan membiayai individu dan syarikat untuk program inovasi yang boleh dikomersilkan di pasaran. Antara geran yang boleh didapati ialah ICON yang bernilai RM200,000.00, IPCC RM50,000.00 dan MAC3 bernilai RM5 juta.

7.Skim Pembangunan Francais.

Sebanyak RM20 juta disediakan bagi skim yang berada di bawah KPDNKK bersama Persatuan Francais Malaysia.

8.Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB).

SUPERB menyediakan geran sehingga RM500,000.00 untuk membangunkan idea perniagaan bumiputera yang kreatif dan inovatif. Program ini terbuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Pemilihan usahawan yang berjaya akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang terdiri daripada panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

 

9.Startup Work Pass (Melalui MaGIC).

Ia khas kepada usahawan luar negara di mana syarikat mempunyai modal berbayar sebanyak RM75,000.00.

10.Research Incentive Scheme for Enterprise.

RM10 juta diperuntukan bagi menggalakkan syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan.

 

 

 

 

11.Dana Pemerolehan Teknologi (TAF 2).

Dana ini disediakan khas bagi memberi pembiayaan kepada usahawan wanita untuk mendapatkan peralatan bagi meningkatkan pengeluaran sedia ada. Tempoh pembiayaan adalah selama 2 tahun. Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh wanita bakal mendapat pembiayaan sehingga 50% atau RM500,000.00 mengikut yang mana lebih rendah. Bagi syarikat yang dimiliki majoriti wanita pula, pembiayaan sehingga 25% atau RM250,000.00 akan diberikan mengikut yang mana lebih rendah.

 

12.Symbiosis (CRDF 1).

Program ini disediakan khas bagi usahawan muda yang ingin menceburi dalam perniagaan berteknologi. Para belia yang berjaya akan mengikuti 5 fasa di dalam program ini. Di akhir fasa ini, para belia akan mendapat geran maksima RM500,000.00 (matching grant) daripada MTDC yang bernaung di bawah MOSTI. CRDF 1 akan berlangsung selama setahun.

Sekiranya anda tahu mana-mana geran yang ada, sila emel kepada admin ye.

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: