You are here
Home > Cantik dan Sihat > Fesyen Wanita > STYLE TUDUNG KHAS BAGI ANDA YANG BERWAJAH BULAT

STYLE TUDUNG KHAS BAGI ANDA YANG BERWAJAH BULAT

Banyak tutorial, cara pemakaian style tudung yang anda boleh dapatkan di laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Tapi bukan semua style tudung yang anda boleh tiru. Style tudung tu mungkin orang yang dagu runcing je sesuai atau mungkin mereka yang pipi cengkung. Kalau anda berwajah bulat, pipi chubby, mungkin tidak sesuai untuk tiru gaya tudung bagi orang berdagu runcing.

STYLE TUDUNG KHAS BAGI ANDA YANG BERWAJAH BULAT

Anda mungkin suka melihat tutorial tudung yang kemas dan cantik. Tapi bukan semua gaya sesuai dengan jenis muka yang berlainan. Bagi mereka yang berwajah bulat, anda boleh cuba tips posting ni.

1.Pemilihan Inner

Inner atau anak tudung amat penting untuk kelihatan cantik bagi mereka yang berwajah bulat. Bagi anda yang berwajah bulat, anda perlu perhatikan ukuran anak tudung tu. Pastikan sesuai dengan muka anda dan tidak terlalu kecil saiznya sehingga menekan pipi anda. Tekanan pada pipi akan membuatkan anda semakin BULAT.

Pilihlah inner neck yang berjenis awning dan panjangnya melebihi tulang pipi. Ini membantu untuk menyembunyikan pipi anda yang bulat tu.


2.Material Kain

Elakkan dari menggunakan material licin atau berkilat seperti material satin kerana ia menonjolkan pipi bulat anda.

3.Gaya Tudung

Jika anda seorang yang bulat, pemilihan gaya amat penting. Salah pilih gaya akan membuatkan anda semakin bulat. Jadi anda kena tahu gaya yang sesuai untuk menonjolkan lagi keayuan anda.

Gayakan tudung anda sehingga ke bahagian pipi untuk menyembunyikan kesan bulat atau chubby.

Jika anda sukakan jenis tudung yang flowy, pastikan shawl di dahi tidak melekap dan tirus.

Gunakan tudung yang simple dan tak heavy. Tudung yang berlapis akan menambahkan volume pada muka sehingga bagi efek semakin berisi.

Manfaatkan cara mudah style tudung bagi anda yang berwajah bulat ni ye. Lepas ni anda akan kelihatan lebih confident dan gorgeous tau! Share lah dengan admin video anda nanti.

Anda ada cara mudah yang lain? Kongsikan dengan kami di sini. Anda mungkin meminati posting 5 Langkah Untuk Buat Facial Di Rumah.

[Share untuk kongsi manfaat]

Leave a Reply

Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: